Sunday, November 15, 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM

Konsep:
Aktiviti kokurikulum iaalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.

Matlamat:
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1. Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid;
2. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kelangan murid pendidikan khas dan normal samada di dalam sekolah atau di luar sekolah;
3. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi;
4. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan