![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgM2Ye5zoFQntuIE-y3h1QTQnTGzvK_qnt0muN0WVfnjbjK4yCY7bRK9iSSEo34mCbC9OKSq20CyLnSMGX6tfoupCmDg0lwIk-Szy4a0WsOvyeenfG3p5CfvnPbGPDuYQKc-8NJNZBxoWE/s320/cili+jeruk.bmp)
PENGENALAN
Pelajar Pendidikan Khas SMK Jengka Pusat telah didedahkan dengan kemahiran dan perkhidmatan ke arah kerjaya seperti perkhidmatan menjual cili jeruk.
OBJEKTIF
Melatih pelajar ke ARAH KERJAYA disamping latihan tentang pengurusan perkhidmatan menjual cili jeruk.
MISI
Program Integrasi Kelas Bermasalah Pembelajaran adalah satu program yang menyediakan pendidikan berkualiti kepada murid berkeperluan khas secara optimum supaya mereka dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
VISI
Melahirkan murid berkeperluan khas yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
LATAR BELAKANG
Pada peringkat awalnya, perkhidmatan jualan hanya berasaskan bahan mentah iaitu jualan cili padi secara terus. Apabila murid telah berjaya melaksanakan penanam cili padi dan telah berjaya menjual secara terus, pihak guru telah menkomersialkan cili padi kepada penghasilan cili jeruk. Murid pendidikan khas telah didedahkan dengan perkhidmatan membungkus, menimbang dan menjual.
RASIONAL
Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menempuh alam pekerjaan setelah tamat persekolahan.
SASARAN
Perkhidmatan ini disasarkan kepada guru-guru dan kakitangan sekolah yang ingin mendapatkan cili jeruk.
CARA PERLAKSANAAN
Bagi melaksanakan program ini pelajar telah diberi waktu selama setengah jam dalam setiap hari iaitu waktu rehat pertama dan kedua sesi persekolahan biasa.
WAKTU URUSNIAGA
10.20 - 10.40 ( REHAT PERTAMA )
11.00 - 11.20 ( REHAT KEDUA )
HARGA SEBUNGKUS = RM 1
No comments:
Post a Comment