Tuesday, December 1, 2009

Perkhemahan Pengakap Melaka Bandar Sejarah


Bergambar di A'Famosa


Di Menara Taming Sari


Disekitar Pej Yang Dipertua Negeri Melaka







Di Dataran Kebudayaan Kem Pengakap Bukit Katil


Malam Kebudayaan


Bergambar di Kem Mahkota



Peserta Pengakap Pend Khas







Sunday, November 15, 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM

Konsep:
Aktiviti kokurikulum iaalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti.

Matlamat:
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1. Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid;
2. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kelangan murid pendidikan khas dan normal samada di dalam sekolah atau di luar sekolah;
3. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi;
4. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan

Tuesday, March 3, 2009

PENDIDIKAN KHAS SMK JENGKA PUSAT



1. FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

2. MISI

3. VISI

4. LATAR BELAKANG

5. RASIONAL

6. MATLAMAT

7. OBJEKTIF

8. AJK, GURU DAN PPM

9. AKITIVITI / PERKHIDMATAN / PROJEK / KEMAHIRAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS




FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS

SATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN OPTIMA SESEORANG INDIVIDU SEBAGAI SEORANG YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN, BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI SENDIRI SEBAGAI SEORANG INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.




MISI


MISI

MENYEDIAKAN PENDIDIKAN BERKUALITI KEPADA PELAJAR-PELAJAR DENGAN KEPERLUAN KHAS UNTUK MENJADIKAN MEREKA YANG DAPAT BERDIKARI, BERJAYA DALAM HIDUP DAN MEMBERIKAN SUMBANGAN BAKTI KEPADA KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA.



VISI

VISI

MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI PADA PELAJAR-PELAJAR DENGAN KEPERLUAN KHAS KE ARAH KECEMERLANGAN HIDUP SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.


LATAR BELAKANG


LATAR BELAKANG

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Jengka Pusat telah dibuka pada 13 Julai 1998. Ia merupakan program menengah terawal di daerah Maran. Kelas ini bermula dengan seorang guru dan 4 orang pelajar dan menggunakan sebuah bilik guru di tingkat satu. Pada tahun 2000, kelas tersebut telah berpindah ke bangunan yang telah diubahsuai dari sura lama. Kelas ini telah dilengkapi dengan bilik air, tandas dan ruang dapur bagi memenuhi keperluan murid mengikut aktiviti kemahiran hidup. Kini, tenaga pengajar telah bertambah kepada 7 orang dibantu oleh 2 orang PPM manakala bilangan pelajar pula seramai 27 orang. Pelajar-pelajar ini berumur antara 13 – 19 tahun yang mengalami pelbagai masalah pembelajaran. Antara masalah pelajar-pelajar ini ialah hyperaktif, down sindrom, slow learner, masalah pertuturan dan autistik. Pada tahun 2008, kelas Pendidikan Khas sekali lagi telah berpindah ke bangunan KH yang telah diubah suai.