Tuesday, March 3, 2009

LATAR BELAKANG


LATAR BELAKANG

Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Jengka Pusat telah dibuka pada 13 Julai 1998. Ia merupakan program menengah terawal di daerah Maran. Kelas ini bermula dengan seorang guru dan 4 orang pelajar dan menggunakan sebuah bilik guru di tingkat satu. Pada tahun 2000, kelas tersebut telah berpindah ke bangunan yang telah diubahsuai dari sura lama. Kelas ini telah dilengkapi dengan bilik air, tandas dan ruang dapur bagi memenuhi keperluan murid mengikut aktiviti kemahiran hidup. Kini, tenaga pengajar telah bertambah kepada 7 orang dibantu oleh 2 orang PPM manakala bilangan pelajar pula seramai 27 orang. Pelajar-pelajar ini berumur antara 13 – 19 tahun yang mengalami pelbagai masalah pembelajaran. Antara masalah pelajar-pelajar ini ialah hyperaktif, down sindrom, slow learner, masalah pertuturan dan autistik. Pada tahun 2008, kelas Pendidikan Khas sekali lagi telah berpindah ke bangunan KH yang telah diubah suai.




No comments:

Post a Comment