Monday, March 2, 2009

Perkhidmatan Dobi


Perkhidmatan Dobi

LATAR BELAKANG

Pada peringkat awalnya, program ini bermula dengan kemahiran cucian tangan. Mencuci pakaian adalah salah satu tajuk yang berkaitan dengan bidang pengurusan diri. Bidang ini dikembangkan pula dengan kemahiran mncuci pakaian dengan menggunakan mesin basuh. Pelajar didedahkan dengan asas mendobi seperti aspek keselamatan menggunakan mesin, menyidai, dan melipat pakaian.

RASIONAL

Program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar untuk menempuh alam pekerjaan setelah tamat persekolahan. Program ini juga dilaksanakan bagi memenuhi sukatan pelajaran kemahiran hidup dalam asas mendobi.

OBJEKTIF

Objektif utama program ini adalah untuk melatih pelajar dan memberi pendedahan asas ke arah ALAM KERJAYA setelah tamat persekolahan. Memandangkan pelajar pendidikan khas tidak mampu bersaing dalam bidang akademik, kemahiran sebegini amat penting bagi mereka sebagai persediaan untuk memasuki pekerjaan. Apabila tamat persekolahan, pelajar diharap dapat mengusahakan perkhidmatan dobi secara persendirian atau bekerja di pusat-pusat dobi atau hotel yang menyediakan perkhidmatan ini.

SASARAN

Program ini disasarkan kepada guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar asrama untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

CARA PERLAKSANAAN

Bagi melaksanakan program ini, satu kaunter khas telah disediakan bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Sebuah buku daftar disediakan untuk merekod butiran pengguna seperti nama, jumlah helaian, tarikh hantar dan ambil. Pengguna juga diberikan resit rasmi setelah mengambil pakaian mereka. Tanda harga perkhidmatan ditentukan mengikut saiz dan jenis pakaian.

WAKTU URUSNIAGA

10.20 - 10.40 (REHAT PERTAMA)
11.00 - 11.20 (REHAT KEDUA)

SENARAI HARGA

BIL

JENIS BARANG

HARGA

1

Uniform Sekolah

RM 1.00

2

Cadar / Selimut

RM 1.00 / RM 1.50

3

Set Jersi ( 18 Helai )

RM 15.00

4

Baju T

RM 0.50

5

Seluar Panjang

RM 0.50

6

Seluar Pendek

RM 0.50

7

Sarung Bantal/ Kusyen

RM 0.20 / RM 0.30

8

Tuala

RM 0.50

9

Alas Meja

RM 0.50 / RM 1.00

10

Lipat Kain

RM 1.00 / kg


GOSOK PAKAIAN

SELUAR

RM 0.60

KEMEJA

RM 0.60

BAJU KURUNG

RM 1.00

TUDUNG

RM 0.50


* Harga pakaian yang tidak tertera di atas boleh dirunding.

No comments:

Post a Comment