Sunday, March 1, 2009

Perkhidmatan Tandas Alternatif



PROJEK TANDAS ALTERNATIF

DIUSAHAKAN OLEH PELAJAR PENDIDIKAN KHAS

SMK JENGKA PUSAT


LATAR BELAKANG.

Pada asalnya tandas ini dibina oleh PIBG sebagai tandas surau sekolah yang mana bangunan Kelas Pendidikan Khas kini merupakan bekas surau lama sekolah. Apabila bangunan surau lama telah dijadikan kelas untuk Pelajar-pelajar Pendidikan Khas pada tahun 1999 maka tandas ini telah terbiar dan telah dijadikan tandas untuk kegunaan kakitangan kantin. Oleh yang demikian guru-guru Kelas Pendidikan Khas telah mengambil inisiatif untuk menceriakan dan menguruskan tandas tersebut dan persekitarannya dengan bantuan kewangan oleh PIBG sekolah.

RASIONAL

Tandas alternatif ini diwujudkan memandangkan ianya terbiar dan mencacatkan kawasan sekolah amnya dan kawasan Kelas Pendidikan Khas khususnya kerana tandas ini terletak bersebelahan dengan Kelas Pendidikan Khas. Memandangkan tandas ini berada berhampiran dengan Kelas Pendidikan Khas maka ianya amat sesuai dijadikan satu tempat praktikal kepada Pelajar Khas bagi memenuhi sukatan pelajaran Kemahiran Hidup dalam bidang Perkhidmatan Tandas. Bagi mencapai tujuan tersebut ianya telah dijadikan Tandas Alternatif yang diusaha dan diuruskan oleh Pelajar-pelajar Pendidikan Khas dengan bimbingan semua guru-guru Pendidikan K

has.


OBJEKTIF

Objektif utama Tandas Alternatif ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar Pendidikan Khas ke arah ALAM KERJAYA disamping latihan tentang penggunaan tandas, pengendalian tandas dan penjagaan tandas. Diharapkan apabila pelajar-pelajar Pendidikan Khas menamatkan pelajaran di sekolah ini, mereka dapat menjadikan bidang ini salah satu kerjaya dan sumber pendapatan dengan mengusahakan tandas awam atau menjadi penjaga tandas awam.


SASARAN

Tandas Alternatif ini diharap akan menjadi pilihan oleh guru-guru, kakitangan sekolah, pelajar-pelajar, dan kakitangan kantin memandangkan keadaannya yang lebih selesa dan bersih setelah diuruskan oleh Pelajar-pelajar Pendidikan Khas.

TARIKH PERLAKSANAAN

Tandas ini telah diwartakan sebagai Tandas Alternatif pada 1 Febuari 2005

CARA PERLAKSANAAN

Penjagaan dan pengurusan Tandas Alternatif ini telah dimasukkan dalam jadual waktu pembelajaran pada hari Isnin dan Jumaat dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bidang Perkhidmatan. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan cara-cara membuat penyata

kewangan, mengurus, membersihkan dan menghias Tandas Alternatif tersebut. Pengguna-pengguna Tandas Alternatif ini diminta menyumbangkan RM 0.20 sen bagi menampung perbelajaan mengurus tandas ini.


PENUTUP

Semoga usaha muri ini akan mencapai objektif yang disasarkan memandangkan pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini tidak mempunyai pencapaian akademik yang memuaskan bagi mereka mendapatkan pe

rkejaan

yang lebih menjamin masa depan mereka. Diharapkan projek Tandas Alternatif oleh Pelajar-pelajar pendidikan Khas ini mendapat sokongan dan kerjasama dari semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat.







1 comment:

  1. blog ader bler4 smkjp1 nk ader web yang penoh web yang ader mcm rumah terbengkalai mcm projek united malay

    ReplyDelete