Sunday, March 1, 2009

Perkhidmatan Mencuci Kereta dan Motor



PERKHIDMATAN MENCUCI KERETA


LATAR BELAKANG.

Pada asalnya tempat ini adalah gelanggang permainan PETANQ koperasi sekolah yang terletak bersebelahan dengan bangunan Pendidikan Khas. Kawasan ini terbiar dan ditumbuhi semak samun yang mencacatkan pemandangan di sekitar Kelas Pendidikan Khas.. Justeru, guru-guru Kelas Pendidikan Khas telah mengambil inisiatif untuk menceriakan dan menguruskannya supaya dijadikan satu Projek Pendidikan Khas dan dijalankan oleh pelajar-pelajar pendidikan Khas iaitu tempat letak dan mencuci kereta.


RASIONAL

Projek tempat letak dan mencuci kereta ini diwujudkan memandangkan ianya terbiar dan mencacatkan kawasan sekolah amnya dan kawasan Kelas Pendidikan Khas khususnya kerana kawasan ini terletak bersebelahan dengan Kelas Pendidikan Khas. Memandangkan kawasan ini berada berhampiran dengan Kelas Pendidikan Khas maka ianya amat sesuai dijadikan satu tempat praktikal kepada Pelajar Khas ba

gi memenuhi sukatan pelajaran Kemahiran Hidup dalam bidang Perkhidmatan Mencuci Kereta dan Penjaga Tempat Letak Kereta. Bagi mencapai tujuan tersebut ianya telah dirancang untuk menjadikan tempat tersebut sebagai tempat letak dan

mencuci kereta yang diusaha dan diuruskan oleh Pelajar-pelajar Pendidikan Khas dengan bimbingan semua guru-guru Pendidikan Khas.


OBJEKTIF

Objektif utama projek ini diadakan adalah untuk melatih para pelajar Pendid

ikan Khas ke arah ALAM KERJAYA disamping latihan tentang pengurusan tempat letak dan mencuci kereta. Diharapkan apabila pelajar-pelajar Pendidikan Khas menamatkan pelajaran di sekolah ini, mereka dapat menjadikan bidang ini salah satu kerjaya dan sumber pendapatan dengan mengusahakan tempat letak kereta, tempat mencuci kereta atau sebagai pekerja di tempat-tempat berkenaan.

SASARAN

Projek ini mensasarkan

guru-guru dan kakitangan sekolah untuk mendapatkan perkhidmatan mencuci kereta.


CARA PERLAKSANAAN

Perkhidmatan mencuci kereta telah dimasukkan di bawah mata pelajaran Kemahiran Hidup Bidang Perkhidmatan (bengkel terlindung). Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan cara-cara membuat penyata kewangan, mengurus, dan mengendalikan projek tersebut. Kerja-kerja mencuci meliputi bahagian dalam dan luar kenderaan. Pengguna-pengguna yang ingin mendapatkan perkhidmatan mencuci kenderaan dikenakan bayaran RM6.00 (kereta), RM 9.00 (MPV dan van) dan RM 2.00 (motorsikal).

PENUTUP

Semoga usaha murni ini akan mencapai objektif yang disasarkan memandangkan pelajar-pelajar Pendidikan Khas ini tidak mempunyai pencapaian akademik yang memuaskan bagi mereka mendapatkan pekerjaan yang lebih menjamin masa depan mereka. Diharapkan projek ini mendapat sokongan dan kerjasama dari semua warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat.




No comments:

Post a Comment